Thursday, June 30, 2011

my heart

Pegi library semalam. Terserempak dengan beliau. Selalu tengok dari jauh nampak macam biase je,tapi bile tengok dalam jarak dekat. Fuhh. Terase aura yang lain daripada yang lain. Tak pernah aku rase aura sebegini sejak aku hidup di bumi yang fana nie. Series.

Setel amik beg kat rak,aku pun jalan slow-slow pegi dewan lecture. Masuk ikut pintu belakang,usya kerusi kosong. Duduk. Pikiran berterbangan. Jari telunjuk buat bulatan kecil2 kat atas meja berulang kali. Mate tengok bulatan invisible yg dihasilkan oleh jari telunjuk. Hati tak tenang. Mulut asyik senyum nipis. Pandang kerusi seberang,tunduk balik. Senyuman makin menjadi-jadi. Tetibe
" woi hanis,kau kenape ?? "

Potong betul.

Benci.



S.E.K.I.A.N

Friday, June 24, 2011

s.a.b.a.r

Berite baik,aku sangat suke jadual hari rabu,khamis and jumaat. Tak pack sangat dan tidak sesak. hoho. Lagi,suke life kat sini. Means,aku dengan dunia aku. Balik bilik,settle kan keje aku,study bla bla bla..then rest. Pegi lecture tutor makan then rest. Haha. Petang-petang still terperap dalam bilik,takde kekuatan lagi nak turun pegi main basikal or somtin else. Cume aritu je free cket pegi jalan dengan membe keliling KMPh nie,excited kat tempat baru. Biaselahh :)


Berita buruk
,krisis aku dengan seorang insan nie ntah bile la nak settle. Aku tak tahu pe salah aku. Miss the moment when we laugh together and say : "kite kawan baik sampai bila-bila". Hati aku amat sakit bila aku tegur kau,and kau buat macam kita tak penah kenal @ tak penah share makanan @ tak penah share masak lemak cili padi mak kau @ tak penah tido sekatil @ tak penah share selimut @ tak penah share bantal @ tak penah g kelas same-same @ tak penah share air rebina (aku masih ingat air ni) @ tak penah share snack (yg kau sokmo beli kat TF Bentong) @ tak penah lari same-same kat koridor without selipar. Hem,aku rase bersalah yg amat sekarang,at least bgtaw la ape salah aku,so aku boleh betulkan. Now,kite kat tempat study yg same,lagi la aku terase. Dear u,ottuke? Salah aku ni sampai tak boleh dimaafkan dah ke ?

S.E.K.I.A.N

Saturday, June 4, 2011

Kolej Matrikulasi Pahang

Dengan rasminye,post semalam dah tak boleh pakai sebab aku dapat tawaran masuk matrik,second intake punyer. Program Sains,Satu Tahun. Mesti sangat sesak sebab hanya satu tahun,abang ipar aku pun cakap gitu. So,takde mase nak main-main. Just tegak n ngadap buku. Ingat taknak bawak lappy,tapi macam takde sape nak jage lak nanti,so acer akan follow aku,cume Bb je rasenye tak follow. Takut die homesick lak nanti.

Konklusinye,babai KUIM hai hai Matrik =.='' Harap aku dapat biasekan diri time kat matrik nanti.

S.E.K.I.A.N

Friday, June 3, 2011

AL-kisah

Semalam,sampai-sampai je kat umah Pahang,elok je posmen pun behenti depan rumah,aku tengok dari jauh ade satu sampul surat kaler putih bertukar tangan. Aku chow pegi umah jiran,nak bertegur sapa. cehh ! haha. Lepas setel beramah mesra,aku terus berlari-lari anak kat my sis,capai sampul surat kat tangan kakak aku. Perasaan time tu memang tak boleh nak explen. Mate aku terus melekat kat lambang luar sampul. Bibir aku senyum simpul,penuh sopan. Gembire weh ! Tengok kat tepi,ade kesan orang bukak,siott betul ! Sis aku sempat bukak time aku g beramah mesra besame rakyat tadi. Hem,aku malas nak bising-bising,mengomel dalam hati cukup.

Anggota bername kaki gerak pelan-pelan g garaj kete. Tangan tesayang terus capai kerusi tande hormat kat tuan,suruh duduk. Aku pun bukak surat tadi,usya sane sini. Bebola mate aku laju bergerak dari kiri ke kanan,maklom la tulisan rumi,kalo jawi mestilah dari kanan ke kiri kan. Aku besa kan cket mate bile bace bahagian 'sukacita' and course yang aku dapat. Mate makin membesa lepas bace course. Speechless.

Ehem,dear law..
Please be nice to me.
i'm begging u.
Please.

S.E.K.I.AN

Wednesday, June 1, 2011

Macam-macam :)

MySpace Test test! 1..2..3 Fuhh,tekak aku sakit balik sekarang,maybe asyik teguk air sejuk je. Dah tu je selera aku,nak wat macam mane kan. huhu. Em,my latest nephew masuk wad balik,demam kuning katenye. Hope xlame la kamu menetap kat situ,k?


Esok aku g balik Pahang sat,nak bayar bil sume. Maklum la,mak abah x balik lagi,so aku handle la. Cakap pasal bil,my broadband dah jadi makin slow sebab bil bulan 5 x bayar lagi. Kalau x,laju giler pantang ter'klik' sikit. Pendek kate,memang sangat laju lah. haha. Jadi,untuk maintain kelajuan beliau,aku harus langsaikan bil nie sebelum bende x patut jadi and perasaan fedap aku muncul,contoh MySpace. Titik.


Hem,Malam semalam,de someone text aku. Tetibe rase rindu kat kau. Nasib kau x lupe kat aku,hemm,kalo dapat study same tempat dengan kau kan best. Tapi,aku risau kalo virus merah jambu tetibe merebak dalam hati aku nanti, no! no! no! Better kite x msg selalu. Mintak dijauhkan dari virus nieMySpace Aminn. Kite kawan Forever :)


Till here,Maaduu.com dah melambai-lambai kat aku dari tadi lagi.

S.E.K.I.A.N